skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
cikgu ahmatt farihan
guru pembina negara bangsa
View my complete profile

WAKTU


Get your own Digital Clock

HARI INI

CERITA TERKINI

  • ▼ 2009 (38)
    • ► November (1)
    • ► October (2)
    • ► September (1)
    • ► August (11)
    • ► July (13)
    • ▼ June (10)
      • Mereka Yang Tak Bawa BUku
      • Selamat Hari Jadi Zulfadhly
      • Semoga Shahmi Cepat Sembuh
      • REPORT CARD DAY
      • Saya terlupa bawak baju swimming Cikgu...!
      • TEKNIK BELAJAR: M.U.R.D.E.R
      • Swimming Class
      • After MId Year Examination...
      • Jom Gotong Royong
      • Ada jugak yang tak hantar PROJEK KH..

pelawat2


widgeo

Asal Pelawat

free counters

Paling Rajin Bagi Komen

Widget by Blogger Templates

laluan pelawat2

PEMINAT SETIA

BILA CIKGU DAN MURID BERKATA-KATA

My Blog List

  • Tentang A.Z.N.E.E
    Terima kasih
    10 years ago
  • Jemput jemput r Masuk...huhuhuhuh
    Dalamkah cinta kita kepada Rasullullah S.A.W
    15 years ago
  • Through My Eyes

SETIABUDI

SETIABUDI


5A dan Mumtaz dalam Genggaman !!!

Wednesday, June 24, 2009

Mereka Yang Tak Bawa BUku

Semalam, 23 Jun ada 2 pelajar dikesan tidak bawa buku Pustaka Seri Cahaya - Section B Model 4... Disebabkan oleh 2 pelajar ini, diskusi Model 4 terpaksa ditangguhkan dan diganti dengan Buku Didik - Set 1...Nasib baik takde kena denda cuci tandas...

Cikgu harap sangat pelajar ada kesedaran sendiri dan rasa bertanggungjawab untuk bawa buku ke sekolah. Kurang 80 hari lagi untuk menduduki UPSR... Cikgu Faeiza pon ada komplen kamu orang ada yang tak bawa buku.... Ada juga kes sorok buku kawan dikesan!! Cikgu dapat tangkap sapa punya keje, siap la dia....

Nak kena piat usus tu baru insaf dan sedar...
Posted by cikgu ahmatt farihan at 10:04 PM 1 comments

Selamat Hari Jadi Zulfadhly


Semalam 23 Jun adalah hari ulang tahun kelahiran Mohd Zulfadhly Dato' Zulkafli...

Mari kita ramai-ramai menyanyikan lagu selamat buat Zulfadhly..

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Mohd Zulfadhly...

Allah selamatkan kamu...



Parti hari jadi yang diadakan di kelas 6Berani dimeriahkan lagi dengan kehadiran krew A&W beserta beruang yang menjadi maskot A&W tu....Hiruk pikuk jadinya kelas dengan jeritan pelajar yang kena usik dan kena sergah ngan beruang tu....Ain, Fatma ngn Aina yang menjerit paling kuat...





Selain pelajar 6Berani, beberapa pelajar tahun 6 yang lain juga dijemput oleh 'birthday boy' untuk sama-sama menikmati makan tengahari... Pelajar 3Rajin pong ada jugak yang datang tu...Heheheheh...



Tidak ketinggalan guru-guru yang mengajar 6Berani juga hadir memeriahkan majlis. Cikgu-cikgu pon sempat kena usik ngn beruang tu...akakakaka



Majlis tamat pada jam 1.15 petang (Cikgu Munirah dah tunggu nak masuk kelas dah tu). Beruang A&W menyampaikan hadiah hari jadi istimewa buat Fadhly.

Semoga panjang umur ya Fadhly
Posted by cikgu ahmatt farihan at 9:23 PM 1 comments

Sunday, June 21, 2009

Semoga Shahmi Cepat Sembuh

Pelajar 6Berani, Mohamad Shahmi Mohamad Shahaizi telah selamat menjalani pembedahan apendiks pada hari Selasa yang lalu di Hospital Ampang Puteri. Beliau diberi cuti rehat sehingga 30 Jun 2009.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Shahmi dan semoga beliau cepat sembuh dan kembali ke kelas seperti biasa.
Posted by cikgu ahmatt farihan at 10:15 AM 4 comments

Friday, June 19, 2009

REPORT CARD DAY

ALL PARENT ARE INVITED TO COLLECT YOUR CHILD / CHILDREN'S REPORT CARD BOOK THIS WEEKEND. THE DETAILS ARE AS FOLLOW:

DAY: SATURDAY
DATE: 20th JUNE 2009
VENUE: ASSEMBLY HALL
TIME: 9.00 A.M - 12.00 P.M
Posted by cikgu ahmatt farihan at 12:10 PM 4 comments

Thursday, June 18, 2009

Saya terlupa bawak baju swimming Cikgu...!

Apabila tiba kelas swimming, mesti ada yang tak bawa baju...Tak kira la kelas 6A, 6B ataupun 6D... Macam-macam la alasan yang keluar.... Baju tertinggal kat rumah la...Baju swimming koyak la...Adik saya hilangkan la... Demam selesema la.... Ada jugak yang bagi alasan baru lepas bersunat, so tak boleh berenang...Padahal bersunatnya masa cuti skolah bulan 12 nun yang lepas...

Ni gambar 4 sekawan yang tak bawak baju renang pada hari isnin lepas...



Cikgu nak tunggu tahun 6 pecah rekod semua bawak baju swimming lepas ni...
Bila agaknya....
Posted by cikgu ahmatt farihan at 10:28 PM 3 comments

Monday, June 15, 2009

TEKNIK BELAJAR: M.U.R.D.E.R

Ada salah satu tip dalam mengembangkan sistem belajar yang efektif dan efisien.
Sistem belajar ini dikenal dengan "
ASPIRE" (English), yang terdiri daripada:

Mood - Suasana Hati:
Ciptakan selalu mood yang positif untuk belajar. Ini boleh dilakukan dengan menentukan waktu, lingkungan dan sikap belajar yang sesuai dengan personaliti anda.

Understand - Pemahaman:
Tandakan informasi bahan pelajaran yang TIDAK kamu fahami dalam satu unit. Fokuskan pada unit tersebut atau melakukan beberapa kelompok latihan untuk unit itu.

Recall - Ulang:
Setelah belajar satu unit, berhentilah dan ulang bahan dari unit tersebut dengan kata-kata yang kamu buat SENDIRI.

Digest - Telaah:
Kembalilah pada unit yang tidak kamu fahami dan PELAJARI KEMBALI keterangan yang ada. Lihatlah informasi yang terkait pada artikel, buku teks atau sumber lainnya, atau bincangkan dengan teman atau guru.

Expand - Kembangkan:
Pada langkah ini, tanyakan tiga persoalan berikut terhadap perkara yang telah kamu pelajari:

  • Bagaimana saya boleh membuat informasi ini menjadi menarik dan mudah difahami oleh pelajar lain?

Review - Pelajari Kembali:
Pelajari kembali nota pelajaran yang sudah dipelajari. Ingatlah strategi yang telah membantu kamu memahami dan/atau mengingat informasi. Jadi, terapkan strategi tersebut untuk cara belajar kamu berikutnya.

Posted by cikgu ahmatt farihan at 2:42 PM 7 comments

Sunday, June 14, 2009

Swimming Class

Isnin ni 15 Jun,

sape akan swimming?

Boys atau Girls?



BOYS yang swimming...



so boys please bring along your swimming attire....

khabar-khabarkan kepada boys kelas lain juga
Posted by cikgu ahmatt farihan at 11:08 AM 0 comments

After MId Year Examination...

Esok sekolah akan dibuka semula selepas 2 minggu bercuti..
(tahun 6 kira cuti seminggu je la ye tak..)

Sebelum cuti, semua pelajar menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun..
Untuk pelajar tahun 6, exam ni sepatutnya menjadi kayu pengukur kemampuan masing-masing..Ingat..UPSR dan PSRA bakal mendatang kurang drpd 90 hari lagi...
tak percaya? Tgk countdown kat bawah tu...
Bukak sekolah nanti, cikgu nak tempek besar2 countdown UPSR mcm yg ada depan opis...

Result penuh, sapa dapat nombor 1, sapa dapat nombor 24, nombor 11 semua dah ada...
Nanti esok dapat la tau...Cuma, cikgu harap kamu sendiri biar ada keinginan dan fokus untuk berjaya...Berbuih dah mulut cikgu nasehat...Nak dengar, simpan...Taknak ikut, buang je lah kat mana-mana...

Ni ada beberapa keping gambar yang sempat diambik semasa pelajar 6B tgh kusyuk jawab exam...


Amin dah siap dan skor 100%, sebab tu dia tido


Ahmad Aiman jawab assesment test ke tu?


Masing-masing kusyuk
Posted by cikgu ahmatt farihan at 10:28 AM 7 comments

Tuesday, June 9, 2009

Jom Gotong Royong

Salam

Cikgu plan nak buat gotong royong hias kelas kita..
Spatutnya semalam dan hari ini, tapi takde sape pon yang datang...

Hari ni cikgu sempat bersihkan air terjun tu je..Ikan pon ada yang mati...Air sangat kotor...
Mana tak kotor, berbakul bakul makanan korang beri...

So, sape yang nak datang esok, sila bagi nama kt kolum komen...

Antara plan untuk dibuat:
1. Taman Mini
2. Lekat wallpaper
3. Giant poster
4. Lekat frame

Kalo takde yang nak datang, cikgu buat dengan Uzayr je laa...

Cikgu plan nak start jam 9, abes kol 12.30...

Sape yang nak datang, bawak la bekal air ke, jajan ke....
Makan tengahari cikgu belanja...
Posted by cikgu ahmatt farihan at 10:07 AM 8 comments

Sunday, June 7, 2009

Ada jugak yang tak hantar PROJEK KH..

Salam..

Cikgu ingin lahirkan rasa kecewa kerana walaupun diingatkan berkali-kali dan diberi amaran, ada juga pelajar yang 6B yang tidak menghantar hasil Projek Kayu Kemahiran Hidup. Sepatutnya pelajar mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyiapkan dan seterusnya menghantar hasil projek kerana ia memberi markah 20% yang akan dicampur bersama buku idea dan kertas peperiksaan pertengahan tahun...Jadi, kepada empunya projek yang tak hantar tu, janganla pelik kenapa markah kamu kurang berbanding kawan-kawan yang lain ya...

Nanti cikgu post markah KH kamu semua di sini..

Posted by cikgu ahmatt farihan at 9:18 PM 5 comments
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

6 Berani's Family

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Blog Design by Gisele Jaquenod